Sypnosis of The Red String

     Genap setahun 6bulan tragedi hitam yang mengubah segala keindahan dalam hidup sepasang kembar dari insan yang penyayang kepada insan yang berdendam.Bukan kerana benci namun kerana darjat,dendam dan cinta.Aaira seorang gadis yang ditatang seperti minyak yang penuh oleh keluarganya,dibesarkan dalam suasana yang menitik beratkan agama dan adab dalam diam mencintai Darwisy,anak kepada majikan ayahnya.Tanpa pengetahuan Aaira,Darwisy juga menanam perasaan terhadapnya namun kerana darjat dia memendamkan perasaannya dan sering menyakitkan hati Aaira sehingga kembar Aaira muncul dan menjadi punca kebahagiaan mereka berdua.
 
     Tidak rela beriparkan anak kepada orang bawahan ayah mereka,6bulan sebelum perkahwinan Darwisy,Harith menodai Aaira tanpa pengetahuan sesiapa.Setelah positif mengandung,Aaira membawa diri ke luar negara namun malang tidak berbau kapal terbang yang dinaiki Aaira terhempas dan berita kehilangan Aaira tersebar ke Malaysia,belum sempat berita kehilangan Aaira reda , surat tak bernama yang dihantar ke rumah Aaira menjadi punca perkahwinan mereka dibatalkan.Semenjak berita Aaira Ellisya hilang khabar angin mengenai kandungannya tersebar lalu mengundang pelbagai tomahan dan cacian kepada keluarganya sehingga menyebabkan ayahnya kehilangan kerja.Penghinaan dan penganayiaan yang diberikan mewujudkan api kemarahan dalam diri Aaira lantas berjanji untuk membalas dendam demi maruah keluarganya yang tercalar.
     
      “Tu me manques, saya rindu awak sangat-sangat.Kalaulah awak ada di sisi saya sekarang mesti awak dah beri saya kata-kata semangat kan ?.Awak ,saya akan buktikan yang saya tak bersalah.Saya akan tawan semula hati mereka yang telah kecewa dengan khabar angin tentang saya”.Selagi saya tak dapat buktikan yang saya tak bersalah saya akan terus membenci dan buang segala kaitan antara awak dan saya.Bukan kerana benci tapi saya yakin semua yang terjadi berpunca dari kedegilan saya yang nak memperisterikan awak.Saya tahu ramai yang tidak setuju akan perkahwinan kita.Kalaulah saya tak berdegil pasti semua ini tak kan terjadi.Saya rindu senyum manis dan gurau senda awak,wahai si penghuni hati.Saya harap awak bahagia dengan apa yang awak buat sekarang.Setiap malam saya fikirkan awak tapi masih wujudkah kasih sayang awak terhadap saya.-Darwisy Irfan
    
      “Sayang mama mintak maaf sebab tak mampu membesarkan sayang dengan kasih sayang seorang insan hebat yang bergelar’ayah’.Mama tak sabar nak berjumpa dengan sayang, mama nak sayang tahu yang mama sangat sayangkan sayang dan sayang seandainya satu hari nantu ada yang menolak dan mencerca kehadiranmu di dunia ini ketahuilah bahawa bukan kamu yang bersalah dan mama sangat bersyukur kerana kamulah yang menjadi punca kekuatan mama untuk menghadapi ujian ini”.Ya Allah sekiranya ini takdirmu buatku ,aku redha ya Allah.Berikanlah ku kekuatan untuk menghadapi ujianmu dan peliharalah kandunganku Ya Allah.-Aaira Ellisya
  
       Setahun setelah kehilangan Aaira , Harith dan rakan-rakannya bercuti ke Turki.Di sana dia terjumpa Aaira dan amat terkejut apabila mendapati Aaira masih hidup dan telah melahirkan sepasang kembar yang sangat comel.Dia tahu dialah ayah kepada kedua orang budak itu dan cuba mendekati Aaira.Harith akhirnya tewas dan memberikan sepenuh hatinya kepada Aaira namun rasa bersalahnya tak dapat dibendung dan dia cuba sedaya upaya menyembunyikan kebenaran dari pengetahuan Aaira kerana risau Aaira tak dapat memaafkannya.Seandainya bukan kerana darjat pasti semua ini tak terjadi dan seandainya pertemuan kita lebih baik dari ini mungkinkah perjalanan hidup kita lebih bahagia.”Apa beza awak dengan bulan?”.”Emm..bulan menerangi malam tapi saya menerangi hati awak”.”Betul tapi kurang tepat..bulan tu jauh dari saya tapi awak selalu dekat dengan saya...sudi tak awak jadi kekasih dunia akhirat saya ?”.-Harith Aizat
    
        Seorang insan yang amat baik budi pekertinya,berhemah dan penuh dengan sifat sopan-santunnya.Pastinya seorang anak yang diingini oleh semua ibu bapa,namun kisah silam yang menghantui seperti tiada lagi esok buatnya menjadi faktor utama dia menjadi insan yang terkemuka dan disegani oleh masyarakat.Penghinaan dan penganayiaan yang diberikan kepada kembarnya menjadi titik hitam dalam diri Aaira Arissa lantas mengutuhkan kesumat dendam terhadap Darwisy.”Kalau bukan kerana kau Ellisya tak kan hilang, maruah keluarga aku tak kan tercalar.Sampai tujuh keturunan pun aku tak kan terima kau sebagai ahli keluarga”.-Aaira Arissa

     Namun benarkah Darwisy yang menjadi asbab kehilangan Aaira Ellisya?.Apakah kebenaran yang tersembunyi disebalik kehilangan Aaira Ellisya.Apa pula kandungan surat yang dihantar ke rumah Aaira Arissa sehingga membatalkan perkahwinan mereka sekaligus menanam sifat benci terhadap Darwisy dan siapakah yang dimaksudkan sebagai si penghuni hati Darwisy?.

Comments

Post a Comment